Wira Day 2019 eratkan silaturrahim lebih 3,000 pemilik

11028

Ah Proton Wira. Sebelum Perodua Myvi, kereta ini boleh dikatakan antara model paling popular di jalanraya Malaysia.

 



Hampir setiap rakyat Malaysia pasti mempunyai kenangan bersamanya. Sama ada anda pernah menaikinya semasa kecil atau jiran dan saudara-mara anda pernah memilikinya. Arwah ayah penulis juga pernah memiliki Proton Wira 1.5 GLi automatik.

Wira Day 2019 diadakan baru-baru ini untuk meraikan dan menghimpunkan lebih 3,000 pemilik kereta no.1 di Malaysia itu.

Pelbagai gaya Proton Wira dapat dilihat, dari keadaan “standard gaban” hinggalah ke modifikasi menyeluruh. Di sini juga dapat dilihat versi-versi Wira yang pernah dikeluarkan seperti Wira SE, Wira Limited Edition, Wira Executive, Wira Limousine.

Wira kesukaan penulis ialah Wira edisi Thomas Cup. Dengan warna biru unik, enjin 1.6 XLi, rim ala Enkei RPF1, fuh cukup mengancam.

 

Wira 1.8 EXi dengan spoiler tinggi “tiang gol” juga tidak kurang menariknya.

Dapat dilihat juga modifikasi penukaran komponen seperti penggunaan panel badan Evo 2 dan 3 serta penggunaan komponen untuk Wira versi eksport. Antaranya ialah lampu kabus belakang di ruang lampu undur di sebelah kiri atau kanan, bergantung kepada pasaran eksport.

Acara yang berlangsung di Litar Drag Antarabangsa Terengganu, Gong Badak, Terengganu itu turut disertai dan diserikan dengan kehadiran komuniti 3 Diamond Members (Evo) TDMProsiftDolphin TerengganuHonda Civic EFCM Terengganu dan Satria Turbo Terengganu.

Seperti acara-acara himpunan kereta, terdapat juga pondok-pondok jualan serta persembahan. Paling menarik, penganjur turut mengadakan aktiviti cabutan bertuah kepada peserta dengan hadiah utama sebuah Proton Wira.

Hadiah cabutan bertuah itu dimenangi Said Agil Tuan Muda yang berumur 66 tahun.

Kredit foto: Adam Photography

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here