Petronas AutoExpert pertama diperkenal di Autohaus KL

4289

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricants International (PLI) hari ini melancarkan pusat servis Petronas AutoExpert pertama di Malaysia.

Pusat servis ini akan menyediakan perkhidmatan servis dan produk berkualiti kepada pelanggan.



Pelancaran ini adalah sebahagian dari pelan PLI dalam memberikan kemudahan kepada pelanggannya. AutoExpert akan menyediakan teknologi pelincir Petronas dan kepakaran teknikal di bawah satu bumbung.

Fasiliti di Autohaus KL ini merupakan yang pertama seumpamanya, dan akan diperkenalkan di 100 lagi cawangan di seluruh negara, serta di 30 negara dalam masa 5 tahun akan datang.

Perhatian dan penjagaan rapi kenderaan

Di pusat servis Petronas AutoExpert, pelanggan tidak perlu risau kerana kenderaan mereka akan diberi perhatian dan penjagaan rapi oleh mekanik-mekanik terlatih. Ini merangkumi servis seperti pemeriksaan, diagnostik enjin dan penukaran minyak pelincir.

Fasiliti AutoExpert di Autohaus KL mempunyai 14 ruangan dan boleh menservis 14 buah kenderaan dalam satu masa.

 

Kerjasama dengan Petronas AutoExpert membolehkan bengkel bebas seperti Autohaus KL untuk mempunyai akses kepada sistem dan alatan untuk menjalankan servis dengan lebih cekap.

Akses ini juga termasuklah skim menyeluruh seperti latihan, sokongan pemasaran, program niaga dan perundingan untuk pembangunan perniagaan masa depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here