Perodua Bezza 2020 boleh mula ditempah – apa yang baharu?

3929

Perodua memulakan tahun baharu dengan pengenalan Perodua Bezza 2020 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, sedan EEV itu sudah mula ditempah hari ini di semua 186 pusat jualan seluruh negara.

Menurut Perodua, segala penambahbaikan adalah berdasarkan maklum balas pelanggan. Harga dan varian Perodua Bezza 2020 adalah seperti berikut:



1.0 G MT: RM34,580
1.0 G AT: RM36,580
1.3 X AT: RM43,980
1.3 AV AT: RM49,980

Semua varian Bezza turut didatangkan dengan jaminan 5 tahun atau 150,000km (yang mana dahulu).

Apa yang baharu?

  • Gril depan, bampar, lampu depan LED, skirt sisi dwi-tona baharu
  • Rim aloi 15-inci (varian X dan AV)
  • Cermin sisi berkuasa (varian AV)
  • Meter kombinasi rekaan baharu dengan iluminasi putih
  • Keyless entry, pengesan parkir depan (varian X dan AV)
  • Kamera undur (varian AV)
  • Dua warna baharu; Garnet Red (varian 1.3 sahaja) dan Granite Grey
  • Ciri keselamatan maju ASA 2.0
  • Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control kini terdapat pada varian X (sebelum ini hanya pada AV)

Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 merangkumi Pengesan Pejalan Kaki (sehingga 50km/j), Amaran Pra-Perlanggaran (sehingga 100km/j), Brek Pra-Perlanggaran (sehingga 80km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan Kesilapan Pedal.

Bergantung kepada varian, Perodua Bezza 2020 akan menggunakan enjin sama seperti sebelum ini, iaitu 1.0-liter dengan 67hp dan 91Nm tork serta 1.3-liter dengan 94hp dan 121Nm tork. Transmisi pula ialah automatik 4-kelajuan.

Untuk tempahan dan melihat dengan lebih dekat, anda boleh lawati mana-mana wakil jualan Perodua seluruh negara.

Kami tidak sabar hendak membandingkan Bezza 2020 ini dengan Proton Saga 2019. Nantikan laporan pelancaran dan pandu uji kemudian!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here