Seperti kebiasaan, ambang tahun baharu disambut dengan pelbagai cara. Bagi peminat permotoran, pastinya lebih bermakna apabila TT atau berkumpul dengan rakan terdekat atau ahli kelab.
Dua kelab Honda Civic iaitu CFDC Pahang dan CFBM bergabung menganjurkan Inter TT CFDC Pahang 2019 untuk meraikan ambang tahun baharu 2020. TT itu diadakan di Astaka Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Acara ini juga diadakan dengan kerjasama HCTTG, GM2 Community Pahang dan GM6 Society, iaitu kelab pemilik Honda City.
Konsep TT itu adalah lepak santai sambil bersuai kenal sesama pemilik semua kelab. Dilaporkan seramai lebih 40 buah kenderaan Civic FB, Civic FC dan Honda City. Pada masa yang sama, mereka turut membuat perancangan untuk aktiviti bersama di masa akan datang.
Antara kereta ahli yang menarik pada TT itu adalah Honda City dengan modifikasi sporti dengan GT wing, serta Civic FD dengan kemasan Type-R.
Teks/Gambar: Ijad Kicap Jalen & Min BigSaiz
Media: Raziman SiPico