Kehadiran Tesla Cybertruck pada November 2019 memang mencuri perhatian ramai orang. Bukan soal tenaga elektrik, tetapi reka bentuk jentera itu yang dianggap aneh. Malah ianya lebih sesuai disebut sebagai kereta konsep.
Walaupun begitu, jumlah tempahan Tesla Cybertruck mencapai 200,000 unit, hanya 4 hari dari tarikh pelancarannya. Seorang lelaki dari GTA Seet Metal, Frank Sachsenhausen, mencipta Tesla Cybertruck mini yang diinspirasikan dari Go-Kart yang berukuran 1:4.
Kereta kecil itu merupakan hadiah Krismas untuk anak lelaki Sachsenhausen. Setelah siap, dia membenarkan anaknya mengendalikan Tesla Cybertruck kerdil itu.
Anaknya yang hanya dikenali sebagai JJ, juga cuba menarik Mercedes-Benz R-Class menggunakan Tesla Cybertruck mini itu, dan dia berjaya. Kereta yang lebih besar itu bergerak. Sudah tentu, JJ bukan sahaja pandai memandu, tetapi juga enjin dari Cybertruck 1:4 itu sangat kuat.
Tidak diketahui secara jelas betapa banyak kuasa dan tork Cybertruck kecil itu. Walau bagaimanapun, Sachsenhausen berkata bahawa Cybertruck kecil dibuat menggunakan aluminium.
Kereta kecil ini juga mempunyai dua pintu, tetapi cara memasukinya adalah melalui bumbung. Kereta ini juga dilengkapi dengan lampu hadapan dan lampu belakang yang dibuat serendah mungkin.