Marc Marquez ragu-ragu untuk teruskan penguasaan

1197

Menjelang musim MotoGP 2020, Marc Marquez ragu-ragu untuk teruskan penguasaan dan dapat melebihi pencapaiannya pada musim lalu.

Sepanjang musim 2019, Marquez menaiki podium sebanyak 18 kali dan 13 daripadanya merupakan kemenangan dan selebihnya dia menduduki tempat kedua.



Satu-satunya keputusan yang buruk bagi Marquez adalah ketika dia gagal di MotoGP Amerika akibat terjatuh semasa mengetuai perlumbaan.

Marquez percaya bahawa untuk mengekalkan prestasinya pada musim 2020 akan lebih sukar jika dibandingkan dengan dominasinya sepanjang tahun lalu.

“Ia akan menjadi sukar untuk memperbaiki keputusan pada musim depan, tetapi anda mesti cuba memperbaiki diri sendiri,”.

Marc Marquez ragu-ragu untuk teruskan penguasaan

“Saya sering melihat para pelumba yang lain dan idola saya, dan mereka seolah-olah sentiasa berada di hadapan dan sentiasa meningkatkan prestasi mereka setiap tahun,” kata Marquez.

Marquez juga percaya bahawa dominasi beliau telah menjadikan saingannya lebih bersemangat untuk menangani beliau pada tahun ini.

Oleh itu, Marquez juga meminta Honda untuk menyediakan jentera RC213V yang kuat dan dapat menyokongnya pada musim baru ini.

Marc Marquez ragu-ragu untuk teruskan penguasaan

“Saya tahu musim depan bukan sahaja pelumba yang penting kerana kita terlibat dalam sukan di mana anda disokong oleh pasukan dan jentera.”

“Segala-galanya mesti berfungsi sebaik mungkin, dan kita juga harus memahami bahawa tahap persaingan juga bergantung kepada saingan itu sendiri,” kata Marquez.

Marc Marquez ragu-ragu untuk teruskan penguasaan dan juga mengaku berwaspada terhadap pergerakan Ducati dan Yamaha. Ini kerana pada tahun-tahun kebelakangan ini, dua pasukan itu telah menjadi pesaingnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here