Terdapat berita baik bagi pencinta kereta keluaran dari Korea iaitu KIA. Ini kerana pada tahun 2021, KIA akan menjadikan Kia Sorento sebagai kereta hibrid dan jentera plug-in hibrid.
KIA Sorento akan dijadikan kereta hibrid hibrid dan plug-in pada tahun 2021. Namun, jentera ini akan dipasarkan di pasaran Eropah. Kenyataan ini disampaikan secara langsung oleh Ketua Pegawai Operasi KIA Eropah, dimana langkah ini diambil untuk mencapai sasaran mengurangkan pelepasan gas di Eropah.
Jika mengikut rancangan, KIA Sorento akan menjadi saingan sengit kepada Nissan X-Trail, Toyota RAV4 dan Honda CR-V yang juga ditawarkan dengan versi kereta hibrid.
Sorento hibrid ini berkemungkinan akan mempunyai prestasi yang sama seperti Kia Sonata, yang mempunyai enjin petrol 4 silinder dengan kapasiti 2.0 liter. Enjin ini mampu menghasilkan sehinggga 150hp dan 188Nm tork. Apabila digabungkan dengan motor elektrik, kereta ini akan dapat menghasilkan sehingga 192hp.
Sebagai tambahan kepada model petrol, Sorento hibrid dan hibrid plug-in juga boleh didapati dengan pilihan enjin diesel. Ia berkemungkinan akan disertakan dengan enjin turbo 4 liter 4 silinder yang dimiliki oleh Kia Sonata dan Kia K5. Enjin ini mampu menghasilkan 275 hingga 290hp apabila dikombinasikan dengan motor elektrik.
Malangnya, KIA tidak mendedahkan harga rasmi jentera ini yang akan dipasarkan kemudian.