Peugeot 2008 SUV ini crossover paling bergaya dan canggih?

2028

Peugeot mengumumkan kehadiran 2008 SUV secara rasmi di semua wakil jualan di Perancis. Setelah lebih 1.2 juta unit 2008 terjual sebelum ini, 2008 SUV terbaharu membawakan rupa bergaya, ciri canggih dan i-Cockpit 3D Peugeot yang moden.

Di pelancarannya, Peugeot 2008 SUV ditawarkan dengan pilihan enjin petrol, diesel dan elektrik sepenuhnya.



Enjin petrol 1.2-liter akan menghasilkan 99hp, 128hp dan 153hp dengan pilihan transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan. Enjin diesel akan turut ditawarkan, iaitu 1.5-liter dengan 99hp dan manual 6-kelajuan sahaja.

Untuk versi elektrik, e-2008 menggunakan motor tunggal untuk memacu roda depan. Motor ini menghasilkan 136hp dan 260Nm tork. Bateri 50kWh akan memberikan sehingga 309km jarak pemanduan.

Sokongan pengecasan pantas 100kW bermakna e-2008 ini boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. Regenerative braking pula memberikan lebih pengembalian tenaga untuk pemanduan seperti kereta berenjin petrol.

Kumpulan PSA percaya bahawa kereta elektrik akan menjadi kebiasaan, maka satu-satunya ciri yang membezakan e-2008 dari versi enjin pembakaran dalaman biasa ialah dengan hanya beberapa lencana dan gril berbeza.

Kereta baharu ini mendapat elemen rekaan seperti pada 208 dan 508, termasuklah lampu yang menyerupai gigi dan cakaran harimau.

Di dalam, ia dilengkapi i-cockpit Peugeot terbaharu yang futuristik, dengan roda stereng berdiameter kecil dan paparan infotainment berskrin lebar seperti sedan 508. Terdapat juga kesan tiga-dimensi pada kluster instrumen, dan maklumat pemanduan lain dipaparkan seperti hologram.

Apple CarPlay dan Android Auto dilengkapkan secara standard, dengan fungsi pengecasan tanpa wayar untuk telefon pintar yang menyokongnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here