Nikmati tawaran hebat Tahun Baru Cina dengan Naza, peluang menangi sebuah Kia Picanto!

1897

Untuk mengalu-alukan kedatangan Tahun Tikus pada Tahun Baru Cina, Naza Automotive Group menawarkan tawaran yang sangat menarik pada kereta dan motosikalnya.

Naza Kia Malaysia dari Naza Automotive Group, dimana merupakan pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, menyatakan tagline mereka yaitu ‘Lebih Ong, Lebih Huat’ pada Tahun Baru Cina yang akan datang ini.



Mana-mana pemilik kenderaan Kia yang didaftarkan dari 7 Januari hingga 29 Februari 2020 berhak untuk mengambil bahagian dan berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif termasuk hadiah utama Kia Picanto.

Selain itu, Naza Kia Malaysia akan memberikan 8 baucar petrol bernilai RM1,000 setiap bulan manakala lapan pemenang mingguan yang lain akan mendapat kad Touch N Go bernilai RM200.

Naza Kia Malaysia juga menawarkan waranti 5 tahun dengan jarak tempuh tanpa had untuk semua model Kia, perkhidmatan pelincir percuma 2 tahun dan akses ke Sky Lounge oleh NAZA semasa tempoh perayaan ini.

Naza Automotive Group

Naza Euro Motors, pengedar rasmi untuk Citroën di Malaysia, sedang menjalankan kempen ‘Citroën Prosperity Drive’ dari sekarang hingga 29 Februari 2020, di mana pelanggan yang membeli Citroën C3 Aircross SUV yang direka dengan unik pada harga RM115,888.00 akan menerima Ang Pau bernilai RM8,888 dan perkhidmatan percuma selama 3 tahun!

Naza Automotive Group

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, juga menawarkan Perkhidmatan Percuma 3 Tahun yang termasuk peralatan dan upah dengan setiap pembelian kenderaan Peugeot.

Musim perayaan ini, Naza Motor Trading menawarkan harga istimewa pada model mewah terpilih dengan kempen ‘888 Prosperity CNY Deals’ mereka. Lawati Naza Automall, Petaling Jaya dari hari ini hingga 24hb Januari 2020 dan periksa model yang ditawarkan seperti Mercedes-Benz CLA180, Mercedes-Benz C200, Mercedes-Benz GLA180, Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Toyota Estima dan Toyota Harrier.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here