Volkswagen Passat Elegance 2020 lebih segak dan canggih

2954

Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance baharu telah dilancarkan oleh Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hanya empat bulan selepas pelancaran globalnya di Jerman.

Dipasang di kilang Volkswagen di Pekan, ia tampil dengan rekaan luar dan dalam lebih segar, lebih mewah serta pelbagai ciri dan teknologi baharu.



Passat Elegance ini ditawarkan pada harga RM187,990, dan lengkap dengan jaminan 5 tahun, bantuan tepi jalan 5 tahun dan servis percuma 3 tahun. Untuk masa terhad juga, VPCM menawarkan insurans percuma 1 tahun untuk setiap pembelian Passat Elegance.

Sedan eksekutif sporti ini dikuasakan oleh enjin 2.0TSI berkuasa 190hp dan 320Nm tork dan dipadankan dengan transmisi DSG dwi-klac 7-kelajuan yang baharu dan ditambahbaik. Ini juga bermakna Passat merupakan model pacuan roda-depan pertama di Malaysia diperkenalkan dengan transmisi ini.

Passat 2020 membawakan rekaan lebih dinamik. Ciri baharu di bahagian gaya adalah lampu LED IQ Light, lampu belakang LED, lampu signal sequential, tulisan PASSAT di but, dan rim aloi 18-inci Liverpool.

Pembaharuan di kabin pula adalah kemasan pintu, stereng pelbagai fungsi dengan balutan kulit, tempat duduk kulit dengan bahan baharu dan pendingin hawa Climatronic 3-zon.

Aspek ketersambungan juga diberi penekanan pada Passat Elegance ini. Ia dilengkapi Digital Cockpit 11.7-inci baharu yang boleh diubah dengan lebih 30 pilihan kombinasi. Sistem infotainmen pula boleh dikawal melalui skrin sesentuh 9.20-inci yang menyoong AppConnect dan Apple CarPlay.

Ciri keselamatan baharu pada Passat adalah Side Assist dengan Rear Cross Traffic Alert, Sistem Pemantauan Titik Buta, dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah Electronic Stability Control (ESC), Sietem Brek Anti-Kunci (ABS) and Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS), Hill-hold Control, Automatic Post-Collision Braking System dan Proactive Passenger Protection System.

Passat Elegance baharu didatangkan enam warna dan dua kemasan. Warna-warna metalik terdiri daripada warna biru (Aquamarine Blue), kelabu (Manganese Grey), perak (Reflex Silver) dan coklat (Tamarind Brown).

Sementara warna dengan efek mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) yang baru. Warna-warna Mutiara ini boleh didapati tanpa sebarang penambahan harga.

Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here