Pengilang kereta dari United Kingdom, Aston Martin mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah kereta mewah. Ianya diberikan nama V12 Speedster yang diilhamkan dari jentera Le Mans 1959. Penampilannya yang menarik sudah dipamerkan.
V12 Speedster terbaru dikatakan akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2021. Kini, reka bentuk yang elegan kereta mewah ini telah dipamerkan.
Jika anda melihat reka bentuk yang disediakan, kereta ini menyediakan reka bentuk yang sangat menarik. Jentera ini akan mempunyai bumbung terbuka, serta penampilan badan aerodinamik dan unik. Ini kerana, kereta ini diilhamkan daripada kereta perlumbaan Aston Martin di Le Mans pada tahun 1959 yang muncul juara pada ketika itu.
Tetapi jika anda melihat ke bahagian belakang kereta ini, kereta ini menyerupai sebuah kereta konsep yang juga kelihatan menarik, yaitu Aston Martin CC100 Speedster 2013.
Persoalan tentang spesifikasi dan kemampuannya masih belum diedarkan oleh Aston Martin, tetapi berdasarkan V12 pada namanya, sudah tentu kereta ini akan menggunakan enjin V12 yang mampu menghasilkan prestasi yang terbaik.
Lebih menarik lagi, kereta ini hanya akan dihasilkan dalam hanya beberapa unit, lebih tepatnya hanya 88 unit akan dihasilkan.
Mengenai harga jentera ini masih belum diketahui secara rasmi. Akan tetapi kereta ini dikatakan akan dijual pada harga 750,000 pound sterling atau bersamaan dengan RM3,994,557 .