Honda memperkenalkan model facelift Honda Civic Type-R di acara Tokyo Auto Salon 2020. Dalam model baru, hatchback ini disertakan dengan reka bentuk gril yang lebih besar untuk meningkatkan penyejukan enjin dan warna eksklusif Boost Blue.
Pada ruangan dalam, para pengguna akan mendapat stereng dengan balutan Alcantara dan tombol gear yang baru. Active Sound Control yang menghasilkan bunyi enjin palsu juga telah ditambah. Kemudian terdapat ciri bantuan pemandu iaitu Honda Sensing untuk meningkatkan keselamatan pemandu.
Untuk meningkatkan keselesaan stereng, pengubahsuaian telah dilakukan pada sistem penggantungan di bahagian hadapan. Pembuat kereta ini juga telah mengemas kini shock absorber untuk perjalanan yang lebih lancar. Mereka juga telah meningkatkan cengkaman dengan bush belakang yang lebih kuat.
Honda Civic Type R masih mengekalkan dan menggunakan enjin yang sama, yaitu enjin petrol empat silinder berkuasa turbo 2.0-liter. Enjin ini berupaya menghasilkan sehingga 306hp dan 400Nm tork, yang dihantar ke roda depan melalui transmisi manual enam kelajuan dan limited-slip differential.
Para pengguna boleh memilih antara tiga mod pemanduan. Ianya adalah Comfort, Sport dan + R dan boleh menetapkan penggantungan, kawalan dan tindak balas pendikit. Jentera ini akan dilancarkan di pasaran luar dari Jepun sebelum akhir musim sejuk dengan harga sekitar $36,300 atau bersamaan dengan RM147,980.