Mercedes-Benz menghadirkan sebuah kereta konsep berkuasa elektrik yang mampu memandu sendiri (autonomi) di Consumer Electronics Show (CES) 2020. Kenderaan ini dinamakan Vision Advanced Vehicle Transformation (AVTR).
Pengilang kereta yang berasal dari Jerman ini mencipta Vision AVTR kerana ia diilhamkan dari filem Avatar. Proses pembuatan melibatkan pengarah filem, James Cameron, untuk memastikan konsep dan teknologinya selaras.
Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler AG dan Mercedes-Benz AG, Kallenius berkata, konsep Vision AVTR adalah selaras dengan visi Mercedes-Benz untuk mobiliti masa depan dengan reka bentuk interaksi baru antara manusia, enjin dan alam semula jadi.
“Matlamat kami adalah untuk menghasilkan kenderaan neutral karbon untuk mengembangkan bahagian kenderaan elektrik yang dijual dan mempunyai armada kereta penumpang neutral karbon baru menjelang 2039,” kata Källenius.
Vision AVTR mempunyai teknologi canggih dan reka bentuk yang berbeza dari kereta secara umum. Kereta ini juga tidak mempunyai stereng. Penumpang boleh mengawal kereta dengan pusat kawalan berbentuk bujur, terletak di antara dua tempat duduk depan.
Di bahagian belakang, Vision Advanced Vehicle Transformation mempunyai 33 “bionic flaps” yang boleh bergerak ke semua arah, yang menyerupai sisik reptilia. Ianya berfungsi untuk berkomunikasi dengan orang di luar kereta.
Memasuki ruang kabin, ruangan dalam diperbuat daripada plastik kitar semula dan kulit tiruan Dinamca vegan. Sementara ruangan lantai diperbuat dari kayu yang disebut sebagai Karuun.
Untuk prestasi, kereta elektrik ini dilengkapi dengan motor elektrik yang digabungkan dengan kapasiti bateri 110 kWh yang mampu menghasilkan 470hp dan dapat melakukan perjalanan sejauh 700km untuk satu pengisisan penuh bateri.