Michelin perkenalkan binaan tayar belakang baru untuk MotoGP 2020

2448

Pengilang tayar, Michelin secara rasmi mengumumkan pelancaran binaan tayar belakang baru, untuk acara 2020 MotoGP. Pelancaran itu dilakukan selepas binaan tayar belakang baru dari pengilang Perancis itu dijalankan ujian sepanjang tahun 2019.

binaan tayar belakang baru untuk MotoGP 2020

Juruteknik di ibu pejabat Michelin telah meluluskan pelancaran binaan tayar belakang baru ini setelah melihat keputusan ujian. Pembaharuan binaan tayar belakang untuk acara MotoGP adalah yang pertama oleh Michelin dalam tempoh dua tahun yang lalu.



Dalam masa terdekat Michelin akan menyediakan spesifikasi penuh dan data mendalam yang berkaitan dengan ujian kepada semua pasukan perlumbaan MotoGP sebelum musim 2020.

binaan tayar belakang baru untuk MotoGP 2020

“Ini bertujuan supaya para pengeluar dan pasukan dapat menyediakan motosikal berdasarkan data tayar belakang,” kata Piero Taramassco, Pengurus Two-Wheel Michelin Motorsport.

Pembaharuan binaan tayar belakang Michelin Power Slick dijangka menyokong prestasi enjin motosikal MotoGP pada musim yang akan datang. Termasuk kesan keupayaan motor untuk mencatat masa yang lebih cepat, dalam setiap perlumbaan yang berlaku musim depan.

binaan tayar belakang baru untuk MotoGP 2020

 

Ujian binaan terbaru tayar Michelin untuk MotoGP telah diselaraskan kepada sebatian yang sesuai bagi setiap litar. Begitu juga dengan kesesuaian pilihan tayar, baik lembut dan sederhana, bergantung kepada watak pemandu dalam setiap perlumbaan.

Pengalaman merasakan tayar baru pada motosikal, hanya akan dirasakan oleh pelumba pada bulan depan. Binaan tayar baru akan digunakan dalam sesi ujian rasmi MotoGP di litar Sepang Malaysia pada 2-4 Februari, sebelum meneruskannya ke Qatar.

Michelin sendiri mengatakan bahawa evolusi dalam bentuk pembaharuan binaan tayar ini perlu dilakukan, terutamanya dengan pendekatan prestasi jangka panjang pengeluar dalam perlumbaan MotoGP. Pengilang dari Perancis ini memegang kontrak sebagai penyedia komponen tayar rasmi untuk perlumbaan MotoGP sehingga 2023. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here