Renault akan perkenalkan teknologi hibrid terbaru

1416

Renault akan memastikan dua model keluarannya iaitu Renault Clio dan Renault Captur dibekalkan dengan teknologi hibrid.

Pengeluar dari Perancis itu juga berkata kedua-dua model itu akan menjadi model segmen-B pertama yang disertakan dengan hibrid.



Bukan itu sahaja, sistem hibrid terbaru juga dipamerkan oleh Renault di kedua-dua model segmen-B itu. Dikatakan bahawa sistem hibrid ini akan dipanggil E-Tech Hybrid yang digabungkan dengan High-Voltage Starter Generator dan dikendalikan dengan transmisi multi-mode clutchless

Renault

Sistem hibrid ini juga dikatakan akan disertakan dengan dua motor elektrik, bersama dengan bateri lithium-ion dengan kapasiti 1.2 kWh dan enjin 1.6 liter. Sistem hibrid ini dapat mengurangkan emisi CO2 sehingga 80 peratus.

Renault

Sedangkan untuk Renault Captur E-Tech Plug-in hybrid akan dapat mengeluarkan 9.8 kWh. Dengan menggunakan kuasa elektrik kereta ini akan dapat bergerak sehingga 50 km.

Renault

Untuk sistem mod EV, kedua-dua model ini akan menggunakan susunan parallel yang disambungkan kepada motor elektrik. E-motor yang digunakan dikatakan mampu menyerap kuasa kinetik untuk meningkatkan kuasa bateri secara automatik, apabila pemandu memecut.

Dan kedua-dua model ini dikatakan sangat mempunyai bahan api yang cekap. Malah syarikat dari Perancis itu mendakwa, ianya hanya menggunakan 1.5 liter pada setiap 100 km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here