Toyota Starlet bakal kembali dengan lencana Gazoo Racing?

2497

Banyak ikon atau model lagenda yang wajar dikembalikan dalam bentuk moden. Antara calon terbaharu ialah Toyota Starlet, lebih tepat lagi 60-series.

Topgear PH (Filipina) telah berkongsi lakaran model ringan dengan pacuan roda belakang ini. Seperti model lakaran moden untuk model-model ikonik, adalah penting untuk mengekalkan bentuk asal dan garisan tingkap kerana ini antara perkara penting.



Bahagian depan diinspirasikan dari 60-series facelift tahun 1980, kemudian dimodenkan dengan penambahan lampu LED. Gril depan heksagon adalah sama seperti model Toyota terkini dan ia mempunyai tulisan TOYOTA seperti model lama.

Di tepi, ia diberikan permukaan kemas dan rata, dengan gerbang roda menyerlah yang diinspirasikan dari kereta rali Starlet lama. Tiang-A yang digelapkan memberikan sentuhan moden, dan ia membolehkan Starlet mempunyai bumbung berwarna kontra jika dikehendaki.

Lampu belakang juga unit LED yang kemas, dan di bampar belakang terdapat diffuser. Ya, terdapat lencana Gazoo Racing di bahagian bawah kanan pintu but belakang itu.

Dua enjin talaan Gazoo Racing untuk Starlet moden ini; unit 2.0-liter naturally-aspirated berkuasa 187hp dan 205Nm tork, dan enjin 1.6-liter naturally-aspirated berkuasa 145hp dan 159Nm tork. Kedua-dua enjin boleh didapati dengan transmisi 6-kelajuan manual atau automatik.

Lakaran ini juga mencadangkan Toyota Starlet ini mempunyai berat sekitar 1,150kg dan dibina di atas platform TNGA, suspensi depan MacPherson dan suspensi belakang multi-link bebas.

Lebih menggiurkan, terdapat Track Package untuk versi 2.0-liter. Ia menampilkan suspensi sport lebih rendah, tayar dan rim lebih lebar, kit badan TRD dan tempat duduk sports.

Apa pendapat anda mengenai Toyota Starlet Gazoo Racing ini? Patutkan Toyota menjadikannya sebuah realiti?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here