Perodua D55L bakal tiba pertengahan tahun ini!

2364

Perodua dijangka akan memperkenalkan SUV segmen-B dengan kod nama Perodua D55L pada separuh kedua tahun ini, menurut laporan kaji selidik dari Malaysian Industrial Development Finance (MIDF).

Khabar angin ini juga disiarkan melalui The Edge, firma terbabit menyatakan bahawa model terbabit akan diposisikan di bawah SUV tujuh-tempat duduk iaitu Aruz, di mana harganya dianggarkan bernilai antara RM72,900 dan RM77,900.



Perodua D55L ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kembar Daihatsu Rocky, dimana Rocky telah pun berada di pasaran Jepun sejak November lalu.

Model ini memiliki dimensi 3,995 mm panjang dan 1,695 mm lebar serta dikuasakan oleh enjin 1.0 liter pengecas turbo tiga-silinder dengan output 98hp dan 140Nm tork. Jentera ini juga dipadankan bersama CVT.

Apa pendapat anda mengenai model Perodua ini? Boleh laku keras?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here