Boon Siew Honda memulakan Tahun Baru 2020 dengan memperkenalkan segmen motosikal premium di Malaysia dengan melancarkan tiga motosikal utama baru.
Rancak betul Honda pada tahun 2020.Peminat Honda di negara kita baru saja dikejutkan dengan kemunculan RS150R V2 minggu lepas, kini muncul lagi model baru.
Nampaknya Honda mempunyai senjata terkini bagi penunggang yang suka beraksi di litar iaitu Honda CBR1000RR-R SP Fireblade.
Namun Honda juga tidak menghampakan peminat segmen mengembara.Honda CRF1100L Africa Twin dan CRF1100L Africa Twin Adventure Sports turut dipertontonkan semasa pelancaran tiga model utama tahun 2020 kepada media.
Honda GL 1800 Gold Wing dengan penambahbaikan dari segi kosmetik, kawalan semasa pergerakan perlahan di pertingkatkan dan tiada kejutan semasa penukaran gear.
Model-model ini boleh didapati di semua kedai Honda Big Wing dari suku kedua tahun 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Boon Siew Honda, En. Keiichi Yasuda berkata pelancaran model-model utama ini menandakan Honda yakin dengan pasaran Malaysia.
Malaysia merupakan negara yang pertama melancarkan model-model 2020 ini di rantau Asia dan Oceania.
Senarai Harga Model 2020 Yang DiTawarkan:-
1.Honda CBR1000RR-R SP Fireblade RM198,800
2.Honda CRF1100L Africa Twin RM98,888
3.Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports (Manual) RM111,888
4.Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports (DCT) RM117,888
5.Honda GL 1800 Gold Wing RM 208,800