Newron EV-1 motosikal elektrik dengan badan diperbuat dari kayu

2175

Bercakap mengenai inspirasi dalam mengubah atau menyesuaikan motosikal boleh datang dari mana saja. Bagi mereka yang mencari inspirasi, mungkin motosikal elektrik Newron EV-1 boleh menjadi rujukan.

Newron EV-1

Motosikal yang dibuat oleh Newron Motors, sebuah syarikat dari Perancis ini sangat unik kerana badannya diperbuat daripada kayu.



EV-1 dibuat dalam gaya roadster yang sangat menarik dengan pek bateri silinder.

Pek bateri ini dipasang di bawah struktur badan motosikal yang melengkung bermula dari fork hadapan sehingga ke tempat duduk kerusi tunggal.

Newron EV-1

Menariknya bateri ini direka untuk berputar apabila motosikal sedang digunakan sebagai simbol masa bergerak.

EV-1 menggunakan swingarm tunggal dan menggunakan driveshaft/gandar sebagai pengedar kuasa enjin ke roda belakang.

Untuk sistem penggantungan belakang, model ini menggunakan monoshock yang agak pendek.

Newron EV-1

Untuk sistem brek, jentera ini menggunakan brek cakera di hadapan dan belakang dan brek di bahagian hadapan disertakan dengan double disc brake.

Beralih ke bahagian kokpit, hendal gaya fatbar dilengkapi dengan cermin pandangan belakang untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik.

Sebagai motosikal elektrik, Newron EV-1 mempunyai reka bentuk yang begitu moden dan unik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here