Selepas enam tahun pengeluaran sebagai flagship kereta elektrik BMW i, BMW mengesahkan bahawa bermula bulan April ini, pengeluaran kereta sport BMW i8 hybrid ditamatkan secara rasmi. Dan akan digantikan dengan barisan BMW yang terbaru.
Berhentinya pengeluaran jentera ini juga bersamaan dengan kemasukan generasi terbaru BMW i seperti SUV iX3, i4 yang akan menjadi 3 Series versi elektrik, dan BMW iNext yang diposisikan sebagai SUV utama.
Sementara itu, pengganti i8 sebagai kereta sport elektrik BMW akan berasaskan Vision M NEXT, dan akan tiba dalam tempoh lima tahun akan datang.
BMW belum mengumumkan secara rasmi bila pengeluaran jentera ini akan berakhir, tetapi unit perhubungan awam pengeluar kereta dari Jerman itu berkata “Pelanggan di UK yang berminat untuk membelinya masih boleh memesannya di pengedar BMW sehingga akhir bulan Februari.”
Pengedar BMW juga memberi tindak balas kepada isu ini dengan menawarkan BMW i8 pada harga yang lebih murah. Selain itu, sesetengah pengedar juga menawarkan varian hardtop dengan harga £93,115 (bersamaan dengan RM494,472), £20,000 (RM106,206) lebih murah berbanding dengan harga biasa £115,105 (RM611,247).
Diperkenalkan sebagai konsep bertenaga turbodiesel di Frankfurt Motor Show 2009, BMW i8 dijual pada tahun 2014 sebagai flagship dari line-up kereta elektrik BMW-i di atas i3.
Sejak tahun 2014 hingga sekarang, BMW i8, yang hadir sebagai kereta 2+2 dengan susunatur enjin tengah, menggunakan enjin tiga silinder turbo 1,500cc, dan dipasangkan dengan motor elektrik. Untuk prestasi, jentera ini hanya dikemasikini sekali, yakni pada tahun 2018 dimana kuasanya naik dari 357hp menjadi 369hp.
Tahun lepas, pengurus R&D BMW juga memberitahu bahawa mereka telah membuat keputusan mengenai masa depan BMW i8, yang akan dilahirkan semula sebagai saingan generasi kedua Tesla Roadster, atau Audi R8 e-Tron yang akan hadir pada tahun 2022.
Strategi
BMW tidak mendedahkan lagi mengenai reka bentuk atau drivetrain yang akan digunakan oleh BMW i8 generasi baru, tetapi mereka akan menggunakan strategi race to road”. Ini bermakna akan ada lampiran antara pembangunan kereta elektrik BMW dengan pasukan perlumbaan BMW Formula E.