Motosikal elektrik bukan sahaja digunakan sebagai kenderaan persendirian. Kenderaan ini juga akan digunakan sebagai kenderaan operasi. Kenderaan ini juga boleh digunakan untuk oleh para posmen untuk menghantar sesuatu dokumen.
Di Jepun, para posmen di negara matahari terbit ini akan menggunakan jentera ini sebagai kenderaan operasi harian untuk proses menghantar dokumen. Dilaporkan, mereka akan memperkenalkan dan menggunakan motosikal elektrik buatan dari Honda.
Motosikal elektrik ini dikhaskan untuk perkhidmatan pos. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Ini kerana jentera ini tidak mengeluarkan bahan pelepasan seperti motosikal berbahan bakar yang lain.
Posmen di Jepun merancang untuk menggunakan 200 unit jentera ini menjelang akhir bulan Mac. Lebih kurang 2,000 unit lagi akan ditambah pada akhir tahun 2020.
Jentera yang digunakan ialah Honda Benly E. Motosikal ini boleh melakukan perjalanan sejau 87km dengan sekali cas bateri. Bateri yang digunakan boleh digantikan dengan bateri yang dicas sepenuhnya di tempat yang tersedia. Jadi, pemandu tidak perlu menunggu lama untuk mengecas penuh baterinya.
“Kami mahu menyumbang kepada keadaan hidup yang lebih bersih dan tenang,” kata Noriaki Abe, Pegawai Urusan Honda.
Untuk peringkat awal, pihak posmen di Jepun akan mula menggunakan motosikal elektrik di Tokyo. Kemudian penggunaan jentera ini akan diperluaskann ke kawasan metropolitan dan bandar-bandar besar.