Jeep Wrangler diubahsuai jadi 6 tayar, inspirasi dari Mercedes-AMG G63

3563

Sejak Mercedes-Benz G63 AMG 6×6 diperkenalkan pada tahun 2013, orang ramai terpesona kepada penampilan off-road ini, yang mempunyai tiga gandar dan enam roda. Jentera ini memberi inspirasi kepada Jeep Wrangler untuk menyerupai gaya Merc G63 6×6 itu.

Jentera yang diubahsuai ini sebenarnya bukan 6×6, tetapi 6×4 kerana tiada pacuan pada baris ketiga roda. Roda di bahagian belakang hanya untuk paparan.



Ketinggian Jeep Wrangler ini dinaik taraf secara mendadak dan dilengkapi dengan satu siri tayar yang menumpukan pada konsep off-road.

Jeep Wrangler

Mungkin perkara yang paling menarik mengenai Jeep ini (termasuk gandar ketiga) adalah hakikat bahawa ia kini merupakan sebuah trak pikap Gladiator.

Nampaknya kebanyakan bahagian badan dan bahagian pintu belakang dibuat khusus untuk membantu jentera ini menyerupai penampilan Gladiator. Antara bahagian aftermarket yang terdapat pada jentera ini adalah penutup belakang yang boleh ditanggalkan.

Jeep Wrangler

Satu lagi aspek menarik pada Wrangler 6-tayar ini ialah roll-cage luaran. Walau bagaimanapun, nampaknya ianya tidak akan berfungsi dengan baik kerana salah satu titik pemasangannya berada pada lengkungan roda belakang.

Jika berlaku kemalangan dan jentera ini terbalik, kemungkinan bahagian bumbung kenderaan untuk terlindung dari kerosakan adalah sedikit.

Jeep Wrangler

Jentera ini akan dijual pada CNC Motors pada harga USD149,999 atau bersamaan dengan RM608,935. Nampaknya jentera ini dikhusukan lebih banyak terhadap penampilan berbanding keupayaannya menjadi off-road yang sebenar. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here