Honda City 2020 di Thailand dipanggil semula

2828

Pada bulan November 2019 yang lalu, Honda City 2020 dilancarkan secara rasmi di Thailand. Walaubagaimanapun, pada usia yang baru hanya 3 bulan, model ini diarahkan untuk recall atau ditarik balik semula.

Pihak Honda Thailand bukan sahaja melakukan penarikan balik, tetapi juga menangguhkan untuk mengedarkan Honda City 2020 kepada pengguna. Ini bermaksud, masalah pada jentera ini bukanlah masalah yang kecil.



Honda City 2020

Dipetik dari Indianautosblog.com, dilaporkan ada masalah pada window run channel. Komponen yang bermasalah adalah lapisan getah di sekitar cermin pintu kereta.

Getah ini berguna untuk menyerap bunyi dan menahan angin dari memasuki kabin. Kegunaan lainnya adalah untuk mengelakkan kebocoran ketika memandu dalam cuaca hujan.

Honda City 2020

Belum dijelaskan impak yang timbul daripada masalah ini, serta jumlah kereta yang ditarik balik. Apa yang jelas, pengeluar kereta dari Jepun itu kini sedang menghadapi masalah pengeluaran secara global.

Honda City 2020

Sebelum ini, mereka juga menghadapi masalah dalam proses pengeluaran Honda N-WGN dan all-new Honda Fit/Jazz di Jepun. Kekangan ini membuat penghantaran kedua-dua jentera ini tertunda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here