Lewis Hamilton kekal di Mercedes sehingga tahun 2022

1375

Pasaran pelumba F1 mula reda selepas lanjutan kontrak Charles Leclerc di Ferrari dan Max Verstappen di Red Bull. Kini ianya semakin reda selepas berita bahawa Lewis Hamilton membatalkan perpindahan ke Ferrari dan akan kekal di Mercedes sehingga tahun 2022.

Charles Leclerc dan Max Verstappen

Berita heboh itu diterbitkan dalam akhbar harian terkemuka iaitu Italia Gazetta dello Sport dan segera tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Hamilton dilaporkan sedang berunding untuk kekal di Mercedes sehingga tahun 2022 dengan tambahan 2 tahun kontrak lagi dalam pasukan pengeluar dari Jerman itu.



kekal di Mercedes sehingga tahun 2022

Luigi Perna, seorang wartawan senior Formula 1 juga mengesahkan tentang rundingan yang berlaku melibatkan gaji Hamilton yang bernilai 45 juta Euro atau bersamaan dengan RM202.6j setahun tidak termasuk bonus.

“Hamilton dan Mercedes sedang membincangkannya,” kata Gazetta dello Sport, media pertama yang membongkar pertemuan Hamilton dengan pegawai Ferrari.

kekal di Mercedes sehingga tahun 2022

Berita itu mungkin benar kerana berdasarkan kenyataan terbaru Hamilton, dimana dia berkata sedang berada dalam dilema. Antara memenuhi keinginan untuk menyertai Ferrari yang dia impikan sejak kecil dengan kesetiaannya kepada Mercedes.

“Saya tahu ia akan kelihatan baik dengan warna merah (Ferrari), tetapi ia adalah satu senario yang sangat sukar. Saya telah berada di Mercedes sejak saya berusia 13 tahun. Satu perubahan adalah bagus, tapi kesetiaan adalah segalanya,” kata juara dunia Formula 1 itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here