MAA: Harga kenderaan CKD tidak akan dinaikkan tahun ini

1644
Malaysian Automotive Association president Datuk Aishah Ahmad.

Harga kenderaan pemasangan tempatan (CKD) tidak akan dinaikkan pada tahun ini berikutan langkah kerajaan menyerap kos kenaikan berikutan pelaksanaan ketelusan pelaporan nilai pasaran terbuka (OMV), kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad.

CKD tidak akan dinaikkan pada tahun ini
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad

Beliau berkata, pegawai Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan kepadanya pagi ini bahawa harga kenderaan CKD tidak akan dinaikkan pada tahun ini.

Ianya berikutan ketelusan pelaporan OMV dan terdapat pengecualian 100 peratus terhadap peningkatan harga kenderaan OTR bagi tempoh setahun sehingga 31 Disember 2020 untuk model yang terkesan oleh pengiraan OMV.

“Sebarang kenaikan harga OTR akan diserap sepenuhnya atau dikecualikan oleh MoF tahun ini dan perbezaan dalam duti sebelumnya juga dikecualikan MoF. Ia berkuatkuasa serta-merta,” katanya pada sidang media mengulas sama ada harga kenderaan akan meningkat tahun ini berikutan ketelusan pelaporan OMV.

Aishah berkata, syarikat automotif diminta menghantar OMV berdasarkan pengiraan telus OMV kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi model yang terkesan dengan kaedah baharu itu.

Beliau berkata, perundingan selanjutnya akan dilaksanakan oleh JKDM dan MoF dengan peserta industri tahun ini untuk menentukan pelaporan telus OMV selepas 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here