Tukar minyak pelincir je dah naik hp? Ini keputusan dyno kami

11543

Berbagai cara dilakukan untuk menambah kuasa motosikal, sama ada menukar atau reflash ECU, ubahsuai sistem kemasukan udara, modul nyalaan enjin, naiktaraf komponen dalaman seperti omboh, dan banyak lagi.

Tetapi ada yang mengatakan hanya dengan menukar minyak pelincir/minyak enjin/minyak hitam lebih baik mampu mengekstrak lebih kuasa dari enjin motosikal anda.



Ubahsuai yang kami nyatakan di awal tadi memerlukan lebih banyak penukaran komponen yang bukan sahaja menelan belanja lebih besar, malah mampu menjejaskan tahap keboleh-harapan (reliability) enjin.

Sebaliknya, menukar minyak pelincir yang baik bukan sahaja mampu menaikkan kuasa, tetapi juga memastikan enjin mendapat perlindungan terbaik.

Tetapi benarkah pernyataan ini? Adakah ia terbukti atau hanya sekadar mitos atau sembang forum sahaja?

Untuk itu, kami uji teknik ini melalui ujian dyno casis untuk mendapat keputusan saintifik dan angka sebenar untuk mengetahui adakah minyak pelincir mampu memberi lebih kuasa.

Salah seorang pembaca Motoqar yang kami kenali sebagai Mat Ju berbesar hati meminjamkan jentera Yamaha Y15ZR miliknya.

Oh ya, betul tu, kami mana ada pengalaman buat dyno. Jadi, kami telah ke Dynorace, Sentul, Kuala Lumpur untuk menjalankan ujikaji ini.

Untuk anda yang belum tahu, Dynorace ini berpengalaman luas dalam bidang ini dan mereka juga merupakan penala utama pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, iaitu pasukan juara dalam Cub Prix.

Sama-sama kita lihatkan hasil ujian kami dalam video ini dimana pemilik Dynorace, Azmi Mansor (Abang Mi) turut membandingkan kuasa yang dijana oleh minyak pelincir lama dan beberapa jenis minyak pelincir baharu.

Kami juga mendedahkan minyak pelincir apakah yang digunakan untuk meningkatkan kuasa enjin Y15ZR Mat Ju.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here