Buick Streamliner, hanya satu di dunia

2000

Buick Streamliner boleh dikatakan sebuah kereta klasik yang mempunyai reka bentuk yang unik, boleh dikatakan seperti kereta Batman, atau seperti UFO.

Buick Streamliner

Buick Streamliner, yang merupakan satu-satunya yang terdapat di dunia, dicipta oleh Norman E. Timbs pada tahun 1948.



Dia memerlukan lebih daripada 2 tahun untuk mereka dan menyiapkan kereta tersebut.

Buick Streamliner

Jentera ini dikuasakan oleh enjin Buick Inline-8 yang mampu menghasilkan 202hp tetapi beratnya hanya sekitar 1,000 kg sahaja.

Enjin tersebut dipasang di bahagian belakang supaya Buick Streamliner dipacu oleh pemacu roda belakang atau RWD.

Buick Streamliner

Kereta ini membelanjakan kos pembuatan sebanyak 10,000 USD atau bersamaan dengan RM40,666 (pada tahun 1948) yang bersamaan dengan 106,628 USD (RM433,613).

Sudah tentu pada tahun 1940-an jumlah wang seperti itu bukanlah jumlah yang kecil.

Buick Streamliner ini juga pernah melalui cerita yang sedih. Jentera ini pernah dibuang di tempat pelupusan sampah. 

Kisahnya pada tahun 1952, jentera ini telah dibeli oleh seseorang yang bernama Jim Davis dari California, Amerika Syarikat.

Tetapi entah apa yang berlaku pada tahun 1952 itu, pada tahun 2002, kereta itu ditemui di sebuah tempat pembuangan sampah.

Untungnya kereta itu diselamatkan dan dibawa ke acara lelongan sehingga kemudian dipulihkan oleh Dave Crouse di Custom Auto, Inc. di Loveland, Colorado, Amerika Syarikat.

Selepas pemulihan yang lengkap, kereta ini membuat kemunculannya di Amelia Island Concours d’Elegance pada tahun 2010 yang disediakan untuk Motor Trend Cover Cars.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here