Syarikat automotif Jepun, Subaru hanya akan hasilkan kereta elektrik di seluruh dunia pada pertengahan tahun 2030. Ini dilakukan sebagai satu langkah jangka panjang untuk masyarakat yang bebas dari karbon.
Berita Subaru hanya akan hasilkan kereta elektrik pada pertengahan tahun 2030 ini muncul seiring Toyota Motor bekerjasama dengan Subaru untuk mengukuhkan modal kedua-dua syarikat itu. Pada masa yang sama untuk menjimatkan kos pembangunan kereta.
Untuk menambah kenderaan hybrid dan plug-in hybrid, Subaru merancang untuk membangunkan sebuah kenderaan yang dipanggil “strong hybrid” menggunakan teknologi Toyota dan akan diperkenalkan pada penghujung dekad ini.
Mereka juga akan membangunkan kenderaan elektrik bersama Toyota dan akan diperkenalkan pada masa yang sama. “Walaupun kami menggunakan teknologi Toyota, kami ingin membuat jentera hibrid khas Subaru,” kata Pegawai Teknologi Subaru, Tetsuo Onuki.
Menurut Onuki, ini bukan sekadar mengurangkan pelepasan karbon dioksida. “Kami perlu membangunkan kenderaan selamat dengan prestasi yang baik,” kata Onuki.
“Komitmen dan dedikasi Subaru yang hebat terhadap pembuatan kereta yang kami telah kembangkan sepanjang sejarah akan tetap tidak berubah,” kata Presiden Tomomi Nakamura.
Pengeluar kereta dari Jepun yang menghasilkan Outback dan Forester SUV, diperkenalkan dengan enjin boxer yang diletakkan secara mendatar. Ianya bersama-sama dengan bantuan driver otonom EyeSight dan teknologi all-wheel-drive.