Kadar faedah serendah 1.38% bagi model BMW sempena Tahun Baru Cina 2020, pelbagai promosi lumayan lain

2829

Untuk sambutan Tahun Baharu Cina 2020, BMW Malaysia menawarkan rebat tunai dan solusi pembiayaan yang meliputi pelbagai model jentera BMW serta MINI di kesemua wakil pengedar bertauliah yang bertempat di seluruh negara.

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan menarik yang berkadar 1.38 peratus bagi model-model seperti BMW 330i M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 530i M Sport, BMW 520i Luxury, BMW 740Le xDrive LCI, BMW 630i GT, BMW X1 sDrive20i, BMW X3 xDrive30i Luxury dan BMW X3 xDrive30i M Sport.



Sepanjang tempoh ini, pemilik baharu BMW 330i M Sport juga akan diberikan liputan Program Perlindungan Terunggul BMW untuk tempoh setahun secara percuma – pelan insurans yang pertama seumpamanya yang menawarkan liputan perlindungan ke atas pemilik dan jentera BMW mereka.

Para pemilik model-model lain yang dinyatakan di atas juga dapat menikmati tawaran yang sama, dengan manfaat tambahan berupa liputan percuma Insurans Komprehensif BMW selama setahun.

Di samping itu, mana-mana pembelian BMW 530e M Sport atau BMW 740Le xDrive LCI yang dibuat mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020 akan membolehkan para pemilik pulang dengan BMW i Wallbox berserta kad BMW ChargeNow secara percuma untuk menguasakan jentera elektrik baharu mereka.

MINI Malaysia turut serta dengan tawaran musim perayaan mereka sendiri sempena Tahun Baharu Cina ini.

Mulai hari ini sehingga 31 Mac 2020, pemilik MINI baharu dapat menikmati pembiayaan ansuran bulanan bermula daripada RM2,388 sebulan dan rebat tunai di antara RM8,000 hingga RM22,000 bagi model-model MINI yang terpilih.

The driver sleeping in his tricycle, parking infront of ancient building, Georgetown, Penang, Malaysia

Tambahan lagi, jemputan eksklusif ke MINI Track Driving Experience yang dinanti-nantikan juga akan diberikan kepada 20 pemilik MINI 3-Door atau MINI 5-Door yang pertama sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Terokai lebih banyak tawaran menarik yang akan dibawakan oleh BMW Group Malaysia sempena Tahun Tikus ini di www.bmw.com.my atau www.mini.my, atau kunjungi wakil pengedar BMW atau MINI bertauliah yang berhampiran anda.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here