Nissan bangunkan Z generasi terbaru dengan 400hp!

2031

Nissan adalah satu daripada pengeluar kereta dengan barisan kereta sport tertua di pasaran. Mana tidaknya, Nissan GT-R R35 sudah pun berada di pasaran sejak 2007, manakala generasi ketujuh Nissan Z (Z34) pula setahun lebih muda.

 Nissan Z

Walaupun begitu, kedua-dua model yang berusia lebih dari 10 tahun ini sudah tentu perlu segera mendapatkan peningkatan yang lengkap untuk bersaing dengan kereta sport keluaran terbaru masa kini.



 Nissan Z

Difahamkan, generasi terbaru Nissan Z sedang dihasilkan dan ia mungkin diberi nama Z35. Info ini diperkuatkan dengan beberapa isu atau gambar yang tersebar tentang reka bentuk Z terkini, di mana bahagian depan akan diinspirasi daripada imej hadapan 240Z. Untuk bahagian belakang, khabar angin pula, ia kelihatan sama seperti Nissan 300ZX.

Tetapi prototaip yang anda lihat ini masih menggunakan badan 370Z. Mungkin enjin dan dalaman kini mekanikal baharu, dan bila pembangunan di fasa kemudian nanti baru kita dapat melihat bentuk badan terbarunya.

 Nissan Z

Untuk ruangan kabin, diharapkan jentera ini akan disertakan dengan reka bentuk dalaman baru yang menggunakan sistem infotainment moden.

Dan tidak seperti sekarang di mana sistem navigasi hanya akan diperoleh dari varian Sport Touring, kereta yang dikatakan masih menggunakan nama kod akan membawa integrasi antara sistem navigasi dan infotainment sebagai standard.

 Nissan Z

Beralih ke bahagian enjin, Nissan Z35 diramalkan akan menggunakan enjin V6 twin-turbo 3,000cc. Khabar angin itu tidak dapat dinafikan, kerana Infiniti sudah menggunakan enjin yang sama dengan kuasa 400hp dan tork setinggi 474 Nm.

Kuasa itu  ini disalurkan ke transmisi automatik sembilan kelajuan dengan pilihan manual. Dakwaan itu lebih kuat dengan projek Nissan Clubsport 23 yang dipamerkan di SEMA 2018.

Sebelum ini, Nissan mengubah 370Z dengan menggunakan enjin V6 twin-turbo 3,000cc dan transmisi manual enam kelajuan.

Bagaimanapun untuk menghasilkan rangkaian kuasa itu bukannya mudah, kerana enjin VR30DDTT tidak pernah menggunakan sistem penghantaran manual.

Dengan penyelidikan dan pembangunan berterusan, ianya seperti memerlukan masa untuk memastikan transmisi dan enjin disambungkan dengan baik.

Mungkin pada masa akan datang, Nissan juga menawarkan varian Nismo dengan lebih banyak kuasa, sekitar 500HP.

Namun, maklumat itu masih belum dipastikan kerana kekurangan info sahih mengenai pengganti Z34.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here