Pasukan KTM mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan livery 2020 mereka pada 18 Februari ini.
Pelancaran ini akan berlangsung di markas utama penaja utama, Red Bull, Austria.
Majlis pelancaran itu boleh ditonton di pelbagai saluran Media Sosial, iaitu Facebook, Instagram dan YouTube milik KTM.
Majlis pelancaran ini akan dihadiri pelumba Red Bull KTM, Pol Espargaro dan Brad Binder.
Pada masa sama, Miguel Oliveira dan Iker Lecuona juga akan memeriahkan acara ini sebagai pelumba KTM Tech 3.
Warna pasukan livery Red Bull KTM Tech 3 akan berbeza pada MotoGP 2020.
Tech 3 akan menggunakan warna dalam salah satu produk penaja utamanya, Red Bull, iaitu Red Bull Organics, dengan cola, lemon, halia dan tonik.
Gabungan warna akan sangat berbeza dari sebelum ini. Dimana sebelum ini, kombinasi warna yang digunakan hanyalah warna biru dan oren seperti pasukan Formula 1, Toro Rosso.
Dengan kombinasi warna baru ini, bos pasukan KTM Tech3, Herve Poncharal, membawa semangat baru untuk MotoGP 2020.
KTM MotoGP 2020: All eyes on chapter four! Watch the inside line on Red Bull KTM MotoGP 2020 with the all-digital team presentation on Tuesday 18th February at 18.00 CET. Hear what management and riders have to say ahead of the new season #ktm #motogp #chapterfour pic.twitter.com/sh3xbXg4RE
— KTM Factory Racing (@KTM_Racing) January 24, 2020
Sebelum ini, Ducati telah memperkenal pasukan MotoGP untuk musim 2020 di Bologna, Itali, pada 23 Januari lalu.