9 kereta mewah koleksi Kobe Bryant, bermula dari SUV hingga supercar

2806

Kobe Bryant disahkan menlnggal dunia dalam kem4langan helikopter di Calabasas, California, pada hari ahad (26/1). Semasa hidupnya, dia adalah pemain bola keranjang yang berjaya dan merupakan bintang bagi pasukan LA Lakers.

Kobe Bryant

Dengan kejayaannya di NBA, Kobe Bryant mempunyai garaj yang dipenuhi dengan kereta mewah. Ianya terdiri daripada jenis yang berbeza-beza, dari SUV hinggalah supercar. Berikut merupakan 9 kereta mewah miliknya:



Ferrari 458 Italia

Kobe Bryant

Ferrari 458 Italia ini dibeli oleh Kobe Bryant pada tahun 2012, selepas memenangi gelaran NBA sebanyak 5 kali. Supercar berlogo kuda ini dilengkapi dengan enjin V8 4,500cc yang mampu menghasilkan kuasa 562hp.

Lamborghini Murcielago

Pada tahun 2004, pemain professional bola keranjang ini mengisi muka hadapan majalah DUB Magazine. Pada masa itu, bintang LA Lakers ini dilihat duduk di Lamborghini Murcielago. Supercar  yang dikuasakan oleh enjin V12 6500 cc mampu menghasilkan kuasa sebanyak 570hp.

Bentley Continental GT

Kobe Bryant

Sebagai tambahan kepada supercar, ayam tambatan pasukan LA Lakers ini juga memiliki Bentley Continental GT. Walaupun dicipta sebagai sedan mewah, kereta ini sebenarnya juga dibuat dengan aura sporty.

Ferrari F430

Menurut sumber yang sama, Kobe Bryant hanya membeli kereta yang sesuai dengannya. Oleh itu, pemain yang dijuluki Black Mamba ini membeli sebuah Ferrari F430.

Lamborghini Aventador

Supercar seolah-olah menjadi salah satu jenis kereta kegemaran Kobe Bryant. Dia tidak mahu kenderaan yang dia pandu hanya pantas, tetapi juga bergaya. Akhirnya, ayam tambatan pasukan LA Lakers ini membeli Lamborghini Aventador.

Bentley Azure Mulliner

Bentley bukan sahaja menyajikan konsep kemewahan, tetapi juga sebuah enjin seperti supercar. Dengan campuran prestasi dan reka bentuk, serta bumbung terbuka, Kobe Bryant juga membuat pilihannya pada Bentley Azure Mulliner.

Jeep Wrangler “Call Of Duty: Black Ops” Edition

Kobe Bryant

Kobe Bryant pada tahun 2011 membeli kereta edisi khas, Jeep Wrangler “Call of Duty: Black Ops” Edition. SUV ini adalah edisi terhad yang dihasilkan oleh kolaborasi Jeep dan salah satu game popular ini.

Chevrolet Impala 1964

Kobe Bryant

Di samping kereta baru, Kobe Bryant jatuh cinta dengan sebuah kereta klasik, Chevrolet Impala 1964. Mencipta nama di LA Lakers, dia mewarnakan sedan dari Amerika Syarikat itu dengan warna kuning dan ungu.

Cadillac Escalade

Cadillac Escaled, SUV mewah ini juga telah menarik perhatian pemain bola keranjang professional ini. Menurut sumber yang sama, jentera ini lebih banyak digunakan ketika pergi ke mana-mana dengan keluarganya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here