“Kuman pergilah kau” Pekerja lapangan terbang bertungkus-lumus lakukan pembersihan

2048

Malaysia Airports Holding Berhad bertungkus-lumus dengan mengambil tindak berjaga-jaga dengan melakukan pembersihan dan mengelap kawasan berkenaan.

Lapangan terbang adalah tempat yang amat berisiko kerana ia menjadi tempat pertama bagi pelancong-pelancong disyaki mempunyai virus Corona tiba di negara ini.



Melalui perkongsian gambar di facebook di Media Selangor, pekerja lapangan terbang bertungkus-lumus melakukan pembersihan tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti eskalator, troli dah sebagainya.

Sehingga pagi ini, paparan itu menerima lebih 1.4k ‘like’ dan 271 perkongsian.

Gambar asal itu disiarkan oleh di facebook Malaysia Airport pada semalam, yang mana pihak pengurusan lapangan terbang itu memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih dengan mengelapkan menggunakan cecair sanitasi.

melakukan pembersihan

Usaha yang dilakukan itu mampu menjadikan kawasan lapangan terbang lebih bersih dan selamat bagi mengelakkan virus berkenaan merebak.

Sebelum ini, Malaysia menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRI (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual kepada rakyat China dari Wuhan, Wilayah Hubei dan kelilingnya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berkuatkuasa serta merta selepas selepas mengambil kira perkembangan terkini wabak koronavirus baharu di China, khususnya di Wilayah Hubei itu.

Menurutnya, kemudahan imigresen ini akan diberikan semula selepas keadaan kembali normal.

melakukan pembersihan

“Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan ini bersama pihak Kerajaan China.

“Kerajaan mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan koronavirus baharu ini hingga boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum,” katanya.

Kata kenyataan media itu lagi, sejak wabak ini bermula di China minggu lalu, kerajaan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here