Paul Walker atau yang biasa dikenali sebagai Brian O’Conner dalam filem Fast & Furious adalah pengumpul dan peminat kenderaan empat roda dan dua roda. Baru-baru ini, terdapat 3 motosikal Paul Walker yang dilelong di Amerika Syarikat (AS).
3 motosikal Paul Walker dilelong pada acara lelongan Barrett-Jackson. Ianya terdiri daripada BMW F800 GS keluaran tahun 2011, Suzuki DR-Z 400SM, dan motosikal custom yang berasaskan Harley-Davidson Heritage Softail Classic keluaran tahun 2005.
BMW F800 GS adalah motosikal gaya dwi-sport dengan enjin 2 silinder inline dengan kapasiti 800cc yang boleh menghasilkan 85hp dan 84Nm tork. Motosikal ini dijual pada harga RM44,871.
Sementara motosikal kedua Paul Walker, Suzuki DR-Z 400SM adalah motosikal yang dikuasakan oleh enjin 400cc 1-silinder dan berharga RM15,705. Kedua-dua BMW dan Suzuki, disertakan dengan warna putih di Alpine White.
Sementara motosikal ketiga milik Paul Walker yang dilelong adalah motosikal custom yang berasaskan Harley-Davidson Heritage Softail Classic. Jentera ini dicipta oleh Road Dog Customs dengan konsep Harley-Davidson tahun 40-an yang dilelong pada harga RM139,102.
Harley-Davidson Paul Walker disertakan dengan roda hitam dan cat yang dipesan khas, serta menggunakan bahan berunsur nikel dalam beberapa komponen. Panel instrumen, hendal, tangki dan ekzos yang serba baru disediakan.