Tiada Mercedes-AMG S 63 atau Jaguar XJR5757 long-wheelbase atau Vellphard yang dapat menandingi Toyota Century GRMN milik persendirian Akio Toyoda, dan dipandu oleh Kamui Kobayashi.
Presiden Toyota ini memang tahu untuk tiba dengan bergaya ke sesuatu tempat. Untuk Toyota Gazoo Racing Festival di Fuji Speedway, dia sekali lagi tiba dengan satu-satunya prototaip Century GRMN.
Setelah mengesahkan mengenai kereta itu pada September lepas, bolehlah kiranya kita anggap sedan putih dengan plat “18-67” ini sebagai kereta syarikatnya.
Kemas kini: Terdapat juga unit berwarna hitam
Toyota Gazoo Racing mengejutkan pengunjung Tokyo Auto Show dengan Century GRMN hitam yang mempunyai nombor pendaftaran sama dengan kenderaan persendirian Akio Toyoda. “18-67” menunjukkan tahun kelahiran pengasas Toyota, iaitu Sakichi Toyoda, moyang kepada Akio.
Baik, sekarang kita perlukan Century GRMN yang ketiga. Atau keempat. Atau lebih lagi. Tolong keluarkan lebih lagi, Toyoda San!
Century standard menampilkan pacuan V8 hibrid dengan 376hp dan 510Nm tork. Tiada siapa tahu apa yang ada di bawah hud GRMN itu, tetapi ura-ura mengatakan bahawa prototaip itu dilengkapi pacuan semua-roda.
Perubahan yang dapat dilihat adalah bampar dan gril berbeza, spoiler belakang, rim lebih besar, dan ketinggian yang dikurangkan.
Selain dari Century GRMN, Festival TGRM turut mempersembahkan Supra akan datang, jentera TS050 LMP1, Yaris WRC, Super GT Prius GT300, GT86 dari Nurburgring 24 Hours, dan kereta Super Formula Toyota.