7 bom dari Perang Dunia II ditemui di tapak pembinaan Gigafactory Tesla 4

1936

Selepas dibantah oleh penduduk tempatan kerana dianggap merosakkan alam sekitar, proses pembinaan kilang kereta elektrik, Gigafactory Tesla sekali lagi dihalang kerana penemuan bom. Senjata peledak ini adalah peninggalan dari Perang Dunia Kedua.

Gigafactory

Kerajaan tempatan mengatakan terdapat tujuh bom yang dijumpai. Setiap bom mempunyai berat sekitar 50kg yang sangat merbahaya.



Semua bom tersebut diramalkan masih aktif dan berupaya meletup. Para pekerja juga menghentikan aktiviti mereka sehingga bom-bom berkenaan dikendalikan oleh pasukan pakar. Selepas itu, mereka akan menyambung semula pembinaan kilang itu.

Diketahui, dalam Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan banyak bom di hampir semua wilayah di Eropah. Tidak hairanlah jika lokasi itu masih menyimpan bekas-bekas bom.

Gigafactory

Kilang Tesla berhampiran bandar Berlin adalah kilang keempat dan yang pertama di rantau Eropah. Sebelum ini, Tesla membina Gigafactory 1 di Nevada dan Gigafactory 2 di New York, Amerika Syarikat. Baru-baru ini, mereka menambah Gigafactory 3 di Shanghai, China.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here