Lakukan saringan ujian air kencing sebelum ambil lesen – ADUN Seri Setia

2121

Kerajaan disaran melakukan saringan ujian air kencing ke atas calon yang mahu mengambil lesen kenderaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia.

Halimey Abu Bakar berkata ia bagi mengelakkan mereka dibawah pengaruh alkohol atau dadah layak mendapat lesen.



“Saya cadangkan untuk peringkat pertama lakukan ujian air kencing, jika positif, elak beri golongan ini ambil lesen kenderaan kerana ia mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai Kementerian Pengangkutan yang mengenakan hukuman lebih berat kepada pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, Halimey berkata beliau setuju dan optimis ia dilaksanakan segera.

 lesen

“Saya setuju hukuman lebih berat dikenakan kerana undang-undang sedia ada ini tidak setimpal. Setidak-tidaknya apabila hukuman ini dilaksana akan jadi pengajaran kepada semua orang,” katanya.

Kabinet setuju meminda undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk, pengaruh dadah serta memandu secara bahaya agar hukuman lebih berat dan setimpal dikenakan kepada pesalah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here