Nissan tidak pernah berhenti menambahbaik jentera flagship-nya iaitu GT-R R35 sejak diperkenalkan pada tahun 2007.
Walaupun menjadi sportscar tertua yang masih dalam pengeluaran, pembaharuan Nissan dari tahun ke tahun telah membuktikan bahawa ia mampu bersaing dengan jentera moden yang lain.
Baru-baru ini model generasi keenam Nissan GT-R 2020 berjaya memecahkan rekod untuk masa terpantas di Litar Tsukuba, Jepun untuk kategori kereta yang dikeluarkan secara besar-besaran.
Sportcar dengan gelaran ‘Godzilla’ itu mencatat masa terpantas yaitu 59.3 saat pada 9 Disember 2019 yang dipandu oleh Tsugio Matsuda. Rekod itu mengalahkan masa terpantas sebelumnya yaitu 1 minit 0.20 saat yang direkodkan oleh Porsche 911 GT3.
Berada di belakangnya adalah Radical SR4 dan Nissan GT-R Nismo R35 yang lain, yang tidak diketahui pemandunya dengan catatan masa yang sama yaitu 1 minit 0.29 saat.
Sedangkan Lamborghini Gallardo Superleggera harus berpuas hati untuk berada di kedudukan ke-10, dengan catatan masa 1 minit 1.60 saat.
Hiroshi Tamura, Chief Product Specialist Nissan serta pemimpin projek Nismo dan GT-R hadir untuk menyaksikan pemecahan rekod tersebut.
Pembaharuan dibuat untuk Nissan GT-R Nismo 2020 ini memang bertujuan untuk menjadikannya lebih berkuasa di tangan pemandu yang berkelayakan.
Generasi terbaru kereta sport, yang digelar Godzilla ini, disertakan dengan enjin V6 3,800cc, dengan twin-turbo yang digunakan dari perlumbaan GT3. Hasilnya, enjin itu dikatakan mampu menghasilkan 591hp dan 652Nm tork.
Kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem pacuan empat roda dan transmisi automatik dwi-klac 6-kelajuan. Di samping itu, penggunaan gentian karbon di beberapa bahagian seperti bampar dan bumbung menjadikan berat Nissan GT-R lebih ringan.
Malangnya, Nissan enggan untuk menyatakan kuasa pecutannya dari 0-100km/j tanpa sebab yang jelas. Tetapi ramai yang meramalkan, GT-R terbaru dapat memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 2.5 saat.