Ford cipta nat khas untuk rim kereta tidak mudah dicuri

2144

Ford, yang merupakan syarikat pengeluar kenderaan dari Amerika Syarikat bekerjasama dengan syarikat EOS, untuk mencipta nat khas untuk dipasang di rim kereta.

Kecurian rim kereta tidak hanya berlaku di Malaysia. Di luar negara, rim kereta yang kelihatan menarik juga mendapat perhatian pencuri. 



Hal ini menyebabkan terdapat syarikat pengeluar automotif di dunia telah mengambil inisiatif untuk memastikan keselamatan rim para pengguna di seluruh dunia. Setakat ini, Ford memiliki kaedah supaya rim kereta keluarannya tidak mudah dicuri.

Seperti pengimbas mata atau cap jari, pada nat khas ciptaan Ford ini, suara seseorang boleh digunakan sebagai identifikasi biometrik yang unik.

nat khas Ford

Suara pemilik kereta dirakam dan diubah menjadi gelombang bunyi tunggal. Corak itu kemudiannya diintegrasikan ke dalam nat pengunci stainless steel yang direka dalam bentuk 3 dimensi. 

Peranti ini akan merakam suara pemandu sekurang-kurangnya satu saat, dengan mengatakan sesuatu seperti, “Saya memandu Ford Mustang“. Mereka menggunakan perisian untuk menukarkan gelombang bunyi tunggal ke dalam corak fizikal yang boleh dicetak.

Corak ini kemudian menjadi bulatan dan digunakan sebagai reka bentuk untuk nat pengunci rim dan kunci pembukanya.

nat khas Ford

Dengan geometri yang dipasang, nat dan penguncinya direka sebagai satu bahagian. Kemudian dicetak dalam bentuk 3D menggunakan stainless steel yang tahan terhadap asid dan kakisan. Apabila selesai, nat dan pengunci dipisahkan.

Reka bentuk ini juga termasuk ciri keselamatan yang menghalang nat daripada diklon.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here