JPJ Terengganu rampas tiga kereta mewah klon

2884

Sindiket kereta klon menggunakan modal tiada riba selain faedah pinjaman tinggi untuk ‘menjerat’ individu yang mengidam untuk memiliki kenderaan mewah pada harga murah.

kereta klon

Malah, sindiket kereta klon juga menukar modus operandi dengan menyasarkan kenderaan dari Thailand berbanding kenderaan dari Singapura sebelum ini bagi mengaburi pihak berkuasa.



Ini terbukti apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu merampas tiga kenderaan mewah klon jenis Mini Cooper, Honda Jazz dan Toyota Vellfire yang dikesan pada 2018 dan tahun ini.

Pengarah JPJ negeri Zulkarnain Yassin berkata, rampasan pertama dan kedua dibuat pada hujung 2018 membabitkan sebuah Mini Cooper dan Honda Jazz dibawa masuk dari Thailand.

Menurutnya, pemiliknya gagal mengemukakan dokumen kenderaan ketika ditahan di sekatan jalan di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus dan Kampung Tanjung, di sini.

“Rampasan ketiga membabitkan sebuah Toyota Vellfire di Kampung Paya Berenjut, Kemaman pada 4.40 petang pertengahan Januari lalu selepas mendapati dokumennya mencurigakan.

“Kereta Mini Cooper itu milik seorang pensyarah universiti di negeri ini berusia 50-an yang dibeli pada harga RM10,000 manakala Honda Jazz pula berharga RM15,000.

“Toyota Vellfire berkenaan milik pesara kerajaan berusia 63 tahun yang dibeli dengan harga RM39,000,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Ops Tahun Baru Cina (TBC) 2020 di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu, malam semalam.

kereta klon

Menurutnya, dalam soal siasat, pemilik mendakwa tidak mengetahui ia adalah kenderaan klon kerana membelinya selepas terpedaya dengan alasan harga mahal di pasaran disebabkan faedah pinjaman tinggi.

Katanya, sepanjang tahun lalu hingga kini, sebanyak 297 kenderaan klon disita antaranya Honda Odyssey, Honda Integra, Toyota Wish, Toyota Estima, Subaru Impreza, Mitsubishi Grandis, Mercedes dan BMW.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here