Jualan Proton meningkat 20.2 peratus untuk Januari

1310

Proton Holdings Bhd membuka tirai tahun 2020 dengan jualan kukuh apabila merekodkan jualan yang meningkat, iaitu 8,506 unit pada bulan Januari.

Jualan Proton meningkat berikutan prestasi cemerlang yang dicatatkan pada 2019 dengan kenaikan jualan Januari sebanyak 20.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.



“Jumlah ini juga menunjukkan pencapaian terbaik bagi bulan Januari dalam tempoh selama empat tahun,” kata Proton dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, berkata pegangan pasaran turut memperlihatkan pertumbuhan, dimana kedudukan syarikat kini meningkat kepada 19.5 peratus, berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jualan Proton meningkat

Proton X70 turut kekal sebagai peneraju segmen apabila mencatat pendaftaran baharu sebanyak 1,367 unit.

Saga terus menjadi tulang belakang Proton dengan mencatat hampir separuh daripada jumlah jualan bulanan iaitu sebanyak 3,871 unit, dengan jumlah itu menunjukkan peningkatan 72 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Model Persona, Iriz dan Exora juga menunjukkan prestasi yang baik. Persona catat jualan sebanyak 2,109 unit iaitu dua kali ganda berbanding 2019. Jumlah ini mewakili peningkatan 84 peratus berbanding tempoh sama.

Selain itu, jualan Iriz berkembang hampir lima kali ganda, dengan 785 unit diserahkan kepada pelanggan, iaitu peningkatan sebanyak 465 peratus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here