Toyota bangunkan teknologi keselamatan yang mengumpul data dari kereta Toyota lain

2301

Gergasi automotif Jepun, Toyota sedang membangunkan teknologi keselamatan mereka yang terkini. Ciri keselamatan ini menggunakan ‘big data‘ untuk menghalang pemandu jika tersalah menekan pedal minyak atau brek semasa memandu.

Teknologi keselamatan Toyota yang terbaru ini dikenali sebagai Accelerator Suppression Function ini akan dipasang pada model kereta baru Toyota di Jepun. Ciri ini dijangka menghalang komuniti warga tua daripada mengalami kemalangan akibat tersalah menekan pedal.



teknologi keselamatan toyota

Berdasarkan data dari kerajaan Jepun, 15 peratus daripada kemalangan jalan raya yang teruk pada tahun 2018 disebabkan oleh pemandu dengan usia rata-rata 75 tahun ke atas. Disebabkan perkara inilah Toyota memperkenalkan teknologi terbaru ini.

Nanti, ‘big data‘ akan mengumpulkan dan membaca data-data kereta yang disambungkan, yang beroperasi di jalan raya. Sistem ini akan berfungsi secara automatik tanpa arahan pemandu.

teknologi keselamatan toyota

Untuk maklumat, sebelum ini Toyota juga mempunyai ciri keselamatan yang dikenali sebagai Safety Sense generasi pertama. Sistem ciri keselamatan ini dikeluarkan pada tahun 2015. Sistem ini berfungsi untuk melakukan amaran kecemasan automatik dan lane departure alert.

Pada tahun 2018, Toyota kembali memperkenalkan ciri keselamatan Safety Sense generasi kedua yang membolehkan sesebuah kereta mengenalpasti pejalan kaki pada waktu malam dan penunggang basikal yang berada di sekitar kereta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here