Anda berimpian bekerja di Ferrari? Ini peluang anda!

1849

Sebagai sebuah syarikat automotif yang dikenali sebagai paling eksklusif di dunia, tawaran untuk mendapatkan pekerjaan di Ferrari pastinya sangat menarik.

Syarikat pengeluar kereta dari Itali itu juga pasti sangat memilih tentang siapa yang boleh menjadi sebahagian dari mereka.



Walaubagaimanapun, Ferrari sentiasa membuka peluang pekerjaan untuk bakat muda melalui program praktikal. Program ini sedang diadakan oleh Ferrari di Eropah Utara di UK.

Menurut Autoevolution, semua penjual Ferrari di negara itu akan mengambil sekurang-kurangnya seorang pelatih selama tiga tahun. Mereka yang menyertai program ini, akan dilatih sebagai juruteknik perkhidmatan, penasihat perkhidmatan, dan penasihat bahagian.

ferrari pekerjaan

Pada hujung minggu ini, 400 bakat muda dari sekolah-sekolah tempatan di UK terpilih di kawasan penjual masing-masing menghadiri Hari Terbuka di UK.

Ferrari kemudian mencari pelajar yang telah mencapai sekurang-kurangnya 5 GCSE, yang merupakan kelayakan dalam mata pelajaran khas untuk pelajar berusia 14-16 tahun. 

ferrari pekerjaan

Pelajar terpilih akan mengambil bahagian dalam latihan di tempat kerja. Sementara latihan teori juga disediakan di pusat latihan syarikat di Berkshire.

Sekiranya pelajar terpilih menyelesaikan program praktikal dengan baik, Ferrari merancang untuk menawarkan kerja sepenuh masa di local Ferrari dealership.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here