Setiap kerja ada kepentingan masing masing dalam menyumbang kepada masyarakat, cuma kali ini kami mahu mengupas sedikit kehidupan seorang makenik atau lebih mesra dikenali sebagai pomen yang ramai orang tidak tahu cerita suka dan duka dalam pekerjaan mereka.
Bagi yang bersemangat kental sahaja yang mampu bertahan. Maklumlah, mereka ada komitmen dan tanggungjawab yang tinggi sebagai pekerjaan sebagai pomen.
Kerja sebagai pomen bukanlah seindah yang disangka. Ada masa mereka disanjung, ada masa mereka akan jatuh atau ditindas. Lumrah kehidupan mereka ibarat roda yang berputar.
Masa mereka dibeli dengan mahal, waktu makan mereka tak menentu, kadang-kadang waktu bersama anak, isteri atau keluarga tercinta tergadai demi tugasan.
Bagaimana seorang ayah yang hilang masa bersama anak tersayang. Sampai ada isteri yang bersangka buruk kepada suami kerana sering lewat balik kerja.
Kesabaran yang tinggi perlu ada dalam setiap tugasan, selera dan kehendak pelanggan tidak semua sama. Bila dibuat A, tapi pelanggan mahukan B, terpaksalah diulang semula, itu baru seorang pelanggan.
Istilah penat dan letih, rasanya dah sebati dalam kamus hidup mereka. Kepuasan sebenar adalah senyuman pelanggan yang gembira dengan tugasan yang diselesaikan, itulah satu nikmat yang cukup bermakna buat mereka.
Buat anda dan semua pomen seluruh dunia. Anda bukan biasa biasa!
Kredit: Bengkel Semesta