Porsche Taycan jadi kereta elektrik pertama Bill Gates

2429

Sebagai orang terkaya di dunia, Bill Gates dikenali sebagai orang yang tidak suka mempamerkan kereta. Walau bagaimanapun, sebagai seorang lelaki, kereta biasanya menjadi satu gaya hidup.

Bill Gates

Walaupun tidak didedahkan secara meluas, Bill Gates sebenarnya mempunyai beberapa koleksi kereta eksotik, termasuk Porsche dan Lamborghini. Baru-baru ini, beliau menambah koleksi itu dengan membeli kenderaan elektrik pertamanya, Porsche Taycan.



Bill Gates

Dipetik dari Carscoops, berdasarkan temuramah yang dilakukan oleh seorang YouTuber iaitu Marques Brownlee, pengasas Microsoft itu memuji Tesla kerana membuat kereta elektrik menjadi popular, walaupun dia lebih suka akan kereta elektrik Porsche itu.

“Saya baru membeli sebuah Porsche Taycan yang merupakan kereta elektrik, dan saya katakan ini adalah kereta dengan harga premium, tapi ia sangat menarik,” katanya.

“Ini kereta elektrik pertama saya, dan saya sangat menyukainya,” kata Gates.

Ditanya apakah ada yang kurang dari pengalaman memandu kereta elektrik?, Gates berkata, berbanding dengan model kereta berbahan bakar sekarang, pemandu akan mendapatkan jarak pemanduan yang lebih pendek dan masa pengecasan adalah lebih lama daripada mengisi gas atau petrol.

Billionaire yang berusia 64 tahun itu tidak memberi komen tentang kereta lain dalam temu bual itu. Tentunya untuk memiliki sebuah jentera ini, para peminat harus membelanjakan sekurang-kurangnya US $ 185,000 atau sekitar RM767,657.

Jentera ini mampu menghasilkan 750hp dan 1,049Nm tork dan juga mempunyai sistem Overboost. Ia mampu memecut dari 0-96km/j hanya dalam masa 2.6 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 259km/j.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here