Walaupun telah merasai kemenangan dalam MotoGP, pasukan Suzuki Ecstar masih tidak pasti tentang peluangnya memenangi gelaran juara dunia pada siri 2020.
Alex Rins berjaya menamatkan kemarau kemenangan untuk Suzuki selepas tidak menghuni kedudukan podium tertinggi selama hampir tiga tahun.
Pelumba dari Sepanyol itu juga memberi Suzuki Ecstar dua kemenangan, iatu MotoGP Amerika dan MotoGP British.
Rekod kejayaan Rins adalah sama seperti yang dicapai oleh pelumba dari Ducati, iaitu Andrea Dovizioso dan Maverick Vinales dari pasukan Yamaha.
Rins hanya kalah kepada Marc Marquez yang memenangi 12 kemenangan daripada 19 perlumbaan siri musim lalu.
Alex Rins mampu menamatkan perlumbaan ditempat keempat dalam kedudukan akhir pada siri MotoGP 2019.
“Rins telah mendapat kepercayaan diri dan keyakinan. Dia tahu dia boleh memenangi perlumbaan,” kata Pengurus pasukan Suzuki, Davide Brivio.
“Tahun lalu, dia kurang konsisten, sering mengalami kesukaran dalam kelayakan. Walaupun begitu, dia memenangi dua kemenangan dan menduduki tempat keempat dalam kedudukan akhir,” kata Davide Brivio.
Davide Brivio masih enggan bercakap mengenai peluang untuk memenangi gelaran dunia MotoGP 2020.
“Menjadi juara dunia adalah impian setiap orang, tetapi MotoGP adalah persaingan yang sangat sukar,” jelasnya.
“Anggap saja kami sedang berusaha untuk dapat bersaing merebut gelaran juara. Tujuan kami adalah untuk meraih kedudukan podium di semua siri dan meraih pencapaian lebih baik dari tahun sebelumnya,” kata Davide Brivio.