Modifikasi bas jadi tandas awam wanita di India

2373

Golongan wanita di India menganggap tandas awam yang bersih sebagai kemudahan ‘berharga’ kepada mereka.

tandas awam

Bagi pelajar kolej, Suvarna Dongare, dia amat terkejut selepas melihat tandas wanita berwarna merah jambu kini disediakan di sebuah taman awam di barat India, salah satu daripada beberapa kemudahan yang terdapat di bandar Pune.



tandas awam

“Tandas itu sangat selesa dan saya rasa selamat untuk menggunakannya,” kata Dongare, 18.

Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita. Bukan hanya untuk melepaskan ‘hajat’, malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita juga disediakan.

Projek Ti Toilet, bas yang diubah menjadi tandas dan dilancarkan pada 2016 itu adalah hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer.

Ia dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari. Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here