Honda Accord 2020 kini dengan penampilan baru, 1.5 VTEC Turbo yang lebih berkuasa dari enjin 2.4, dari RM186k

3766

Honda Accord 2020 telah tiba dengan menampilkan penggayaan badan fastback, enjin baharu dan beberapa ciri tambahan.

 



Model yang juga generasi ke-10 sedan eksekutif jenama itu telah dibuka tempahannya awal bulan ini, dan kini ditawar dengan dua varian seperti berikut:

Accord 1.5 TC: RM185,900
Accord 1.5 TC-P: RM195,900

Dari segi rupa luaran, banyak yang berubah. Selain badan yang bukan lagi berbentuk sedan biasa, bumbungnya juga lebih rendah untuk penampilan lebih dinamik.

Ciri lain adalah lampu depan dan belakang LED, ekzos berkembar krom dan rim aloi 18-inci dengan resonator yang mengurangkan bunyi.

Ruang dalaman Accord menggunakan falsafah “man maximum, machine minimum” iaitu konsep yang mementingkan keluasan kabin. Jarak antara roda depan kini meningkat 65mm, menjanjikan ruang lebih luas.

Terdapat tempat duduk pemandu dengan fungsi memori, tempat duduk berkuasa dengan 4 pelarasan, pengecas tanpa wayar, butang penghidup enjin kawalan jauh, dan sistem infotanmen dengan paparan 7-inci.

Kini, tibalah bab enjin. Honda Accord 2020 ini dikuasakan enjin turbo buat pertama kali, iaitu 1.5-liter VTEC Turbo (yang sama pada Civic).

Tetapi untuk Accord, enjin ini ditala untuk menjana 201hp dan 260Nm tork, iaitu lebih berkuasa dari 2.4-liter. Transmisi ialah CVT Earth Dreams.

Untuk keselamatan pula, Honda menaiktaraf Accord ini dengan pakej penuh Honda Sensing. Ciri ini telah diperkenalkan pada Accord generasi sebelum ini semasa facelift pada 2017.

Honda Sensing ini mengandungi tiga elemen:

Bantuan meluncur: Adaptive Cruise Control (ACC), Low Speed Follow (LSF), Auto High-Beam (AHB)
Bantuan mencegah pelanggaran: Forward Collision Warning (FCW), Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Bantuan mencegah pelanggaran sisi: Lane Keep Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM), Lane Departure Warning (LDW)

Ciri keselamatan lain termasuklah Smart Parking Assist System dengan Brake Assist, Multi View Camera Syste, dan Honda LaneWatch.

Sistem keselamatan standard adalah enam beg udara, VSA, ABS, EBD, ESS, Hill Start Assist dan pengesan undur belakang dengan kamera pelbagai sudut.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here