Pasukan Petronas De Rooy IVECO menunjukkan kesungguhan sebenar dengan prestasi yang baik dalam Dakar Rally Raid 2020 kategori trak yang diadakan di Arab Saudi.
Pemandunya, Janus van Kasteren telah menamatkan perlumbaan 12-peringkat itu di tempat keenam, dengan masa 5jam 0minit 33saat. Keputusan ini ialah 4jam 26minit di belakang pemenang keseluruhan, Andrey Karginov.
Sementara itu, rakan sepasukan Kasteren, Albert Llover yang juga bekas pelumba ski Olimpik yang lumpuh separuh badan tamat di tempat ke-15 dengan catatan masa 59jam 9minit 28saat.
Rali tahun ini adalah campuran antara jentera berkuasa tinggi, kemahiran mengagumkan dan permukaan yang lasak.
Padang pasir yang merupakan 75 peratus dari kesemua 7,500km laluan benar-benar menguji kemahiran pemandu/penunggang dan kebolehan navigasi di pelbagai permukaan berpasir. Hanya 70 peratus sahaja yang menyertai perlumbaan ini berjaya menamatkannya.
Keadaan perlumbaan yang sukar dan ekstrim ini juga menekankan kepentingan teknologi bendalir yang baik seperti yang dibekalkan oleh Petronas Urania dan Tutela. Minyak pelincir dan cecair bendalir ini memastikan enjin tetap bertahan, cekap dan memberikan prestasi terbaik untuk trak Powerstar dan Trakker pasukan itu.
Pasukan Petronas De Rooy IVECO mensasarkan prestasi lebih baik untuk Dakar Rally Raid edisi ke-43 tahun depan.