Biasanya kenderaan tentera yang dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat, Humvee tidak boleh ditukar hak milik atau hanya boleh dijual kepada orang tertentu. Ia juga tidak boleh digunakan untuk berperang dan dan tidak dibenarkan membawa peralatan perang.
Kini kenderaan tentera tersebut akan dijual secara umum di Michigan dan sesiapa sahaja boleh membelinya.
Namun, jentera ini pastinya bukanlah sebuah jentera yang baru. Humvee ini dikatakan bakal dijual pada harga USD10,000 (RM42,124).
Rancangan untuk menjual jentera tentera Amerika Syarikat ini juga disokong oleh senator Tom Barrett. Tom menjelaskan langkah untuk menjual jentera ini dibuat adalah kerana ramai orang mahu memilikinya.
Jentera Humvee (high mobility multipurpose wheeled vehicle) atau HMMWV digunakan oleh tentera Amerika Syarikat pada tahun 1983, dan masih digunakan untuk pelbagai kegunaan. Jentera ini dikatakan dihasilkan oleh AM General, yang khusus menghasilkan jentera untuk tentera atau kereta hardcore off-roader.
Bergantung kepada model, Humvee boleh didapati dengan enjin 6.2-liter V8 diesel, 6.3-liter V8 petrol atau 6.5-liter V8 turbo-diesel. Kuasa adalah sekitar 190hp dengan tork 380Nm.
Dengan pacuan empat roda 4WD sepenuh masa, transmisi adalah sama ada automatik 3- atau 4-kelajuan.